Friday, October 14, 2011

Rekaan Tema rekacipta 2012 penyukatan

Posted by Mr Wakjawa 5:14 PM, under | 2 comments




Bertemu lagi. Geng rekacipta sekarang bertungkus lumus menyediakan garapan idea 1 dan 2 yang perlu diperkembangkan untuk membentuk idea terbaik. Seperti dijangka, calon yang menggunakan tema pemanasan dan pengeringan seakan tidak mahu berhenti ideanya melimpah limpah. Bagaimana dengan calon yang memilih tema penyukatan? Macam 'blank' je...

Kalau mengikut penelitian saya, tema penyukatan boleh diaplikasi dalam pelbagai keadaan. Contohnya kalau anda merupakan seorang pekerja restoran, bertugas sebagai pembancuh air minuman, seringkali anda menyukat jumlah susu pekat manis yang digunakan untuk membancuh minuman berkenaan. Alat yang biasa digunakan iaitu sudu, menghasilkan sukatan berbeza setiap kali digunakan. Jadi jalan terbaik adalah menghasilkan rekaan penyukatan susu pekat manis yang efisien dan hebat serta menjimatkan.

Rekaan ini boleh diletakkan di ruang membancuh air, dan mempunyai aplikasi yang hampir serupa dengan mesin air yang digunakan di premis KFC. cuma bezanya kali ini anda hasilkan sendiri...hebat bukan!

Banyak lagi aplikasi yang boleh dijadikan tema penyukatan, antaranya penyukatan ikan, ikan bilis, beras, minuman, penyukatan air dan sebagainya. Lihat sekeliling anda, cari titik tumpuan yang bersesuaian dengan tema yang dipilih.

Selamat mencuba!


Post by wakjawa78

Sunday, August 21, 2011

Idea hebat tema Rekacipta 2012 Pemanasan

Posted by Mr Wakjawa 6:13 PM, under | 6 comments

Hari ini saya perkatakan mengenai tema Rekacipta 2012 SPM yang berkaitan dengan Pemanasan. Melalui tema ini, fokusnya adalah memanaskan makanan, maksudnya makanan atau minuman yang dah tersedia tu, dapat dikekalkan kepanasannya selama yang diperlukan untuk menjaga kualiti dalam menikmatinya. Biasalah, sedap lagi makan atau minum minuman dalam keadaan panas berbanding dengan yang dah sejuk punya.

Lihat contoh berkaitan




Alat memanaskan minuman kopi atau teh menggunakan konsep heat radiator. Alas pemanas diperbuat daripada seramik untuk mengekalkan suhu dan tahan haba.




Pemanas makanan ini diaktifkan dengan menggunakan kuasa solar! Macam mana mau pakai kalau malam yeee?





USB Powered Portable Heater ini membolehkan anda memanaskan makanan dengan hanya memplug in usb adapter ke pada komputer peribadi anda..sungguh mudah dan menjimatkan masa dan tenaga di pejabat.




Ini pun best juga idea dia, pemanas berada di bawah sekali peralatan ini, kemudian bahagian bertingkat membolehkan semua makanan ini dipanaskan serentak tanpa perlu mencampur adukkannya.

Anda boleh cari lagi idea lain yang hebat hebat, lagipun anda juga seorang pereka, betul kann....

Post by wakjawa78

Wednesday, August 17, 2011

Panduan menjawab percubaan 2 Rekacipta

Posted by Mr Wakjawa 10:27 PM, under | No comments

Assalamualaikum

Sebagai persediaan menjawab soalan percubaan 2 SPM 2011, saya senaraikan beberapa panduan fakta mengikut soalan...boleh study dan belek topik di buku...

Soalan 1 Definisi
Soalan 2 Pengumpulan data dan maklumat
Soalan 3 Sejarah
Soalan 4 Kemahiran berfikir
Soalan 5 Sejarah
Soalan 6 Bahan
Soalan 7 Lukisan
Soalan 8 Idea penyelesaian masalah
Soalan 9 Kaedah pengumpulan data
Soalan 10 Promosi
Soalan 11 Bahan
Soalan 12 Bahan
Soalan 13 Bahan
Soalan 14 Harta intelek
Soalan 15 Kaedah pengumpulan data
Soalan 16 Lukisan kerja
Soalan 17 Rekabentuk prototaip



Post by wakjawa78

Wednesday, August 10, 2011

Pekerja sekolah yang rajin...terima kasihlah

Posted by Mr Wakjawa 9:55 PM, under | No comments




Hari pembersihan bengkel, tq kepada krew krew yang rajin, terutamanya di waktu tengah hari yang panas membara ni..terima kasih tolong kasi bersih aaaa....sudah pakai bengkel tu pandai pandailah kasi bersih lain kali aaaaa...

Post by wakjawa78

Idea hebat dengan Nxt Lego Mindstorm

Posted by Mr Wakjawa 9:40 PM, under | No comments




Apa khabar semua? Saya nak kongsi sedikit mengenai pengalaman dengan robot kecil ni, tak lain tak bukan Lego Nxt Mindstorm yang telah berjaya membuka minda saya ke satu tahap yang luarbiasa(rasa macam kanak kanak pulak).

Sepanjang 4 tahun melatih beberapa group pelajar untuk menyertai NRC, saya melihat potensi robot ini untuk dikembangkan lagi kegunaannya. Mungkin saya akan hasilkan satu replika enjin 4 lejang yang bergerak dengan menggunakan robot tu nanti.

Hari tu bawak budak robotic bertanding peringkat negeri, tapi dapat tempat kelima je, kalau johan dapat gi semenanjung...ish, sayang sleck jalan kedua..

Kepada Cel, Apis dan Sharul thank u for your commitment...nice guy...jumpa di Abu Dhabi..hehehehe..berangan
Post by wakjawa78

Bagaimana menentukan tema rekacipta SPM 2012

Posted by Mr Wakjawa 9:22 PM, under | No comments




Bulan Julai sudah berlalu menandakan bermulanya episod baru bagi pelajar Ting 4 Rekacipta untuk memulakan pencarian idea berkenaan tema projek 2012 mereka. Dengan berdasarkan tema penyukatan, pemanasan dan pengeringan pelajar sudah boleh memerah otak mencari idea yang bersesuaian dengan persekitaran mereka dan kemampuan merekacipta.

Terdapat 5 perkara yang boleh membantu untuk menjana idea bagi memilih tema berkenaan.

1. Lihat masalah yang berlaku melalui pengalaman orang lain.

Ini merupakan kaedah termudah, kerana ia tidak memerlukan banyak modal untuk melakukannya. Hanya kaji persekitaran sekeliling anda, lihat masalah yang sering berlaku di sekeliling anda. Sebagai contoh, peralatan di atas terhasil daripada masalah membuat penyukatan untuk jalan raya atau jarak sesuatu tempat. Masalah ini mungkin biasa di alami oleh pekerja yang mengendalikan kerja menyukat jalan. Agak sukar untuk mencari pita pengukur dengan panjang melebihi 100 meter, maka dicipta alat yang dapat mengukur jarak melebihi panjang pita pengukur yang biasa.

2. Lihat masalah yang berlaku melalui pengalaman sendiri.

Lihat apa yang berlaku setiap hari, mungkin anda ada masalah tersendiri yang memerlukan penyelesaian. Mulakan dari seawal bangun pagi hingga matahari terbenam, pasti ada masalah yang berkait rapat dengan tema pemanasan, atau penyukatan mahupun pengeringan yang selama ini anda tidak perasan pun..

3. Kaji di web

Perlukan satu komputer, netbook ke, tablet ke yang ada connection internet. Ini merupakan satu platform terbesar yang mempunyai longgokan masalah dan penyelesaian atas segala persoalan. Kaji satu persatu mengikut tema tadi. Pasti anda akan terjumpa paling tidak pun satu.

Komputer baru mengatasi tablet

Posted by Mr Wakjawa 9:18 PM, under | No comments





Cuba tengok baik baik gambar di atas ni, kalau budak pompuan berani tak mau pakai?

Wednesday, August 3, 2011

Hari yang penuh ujian, hantarlah folio rekacipta

Posted by Mr Wakjawa 9:40 PM, under | No comments

Salam sejahtera semua. Hari ni hari keempat dalam bulan Ramadhan, bulan yang menuntut kesabaran dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Almaklum, nak banyak pahala kenalah banyak bersabar kan...





Calon di atas sedang menambahbaik folionya


Well, kepada calon RC sekolahku yang akan ditaksir esok, terima kasih kerana telah menyiapkan segala tugasan terlebih awal..cuma kesabaran sedikit teruji dengan gelagat beberapa kelompok kecil pelajar yang kononnya dah ok sangat kerjanya, tapi sekali check...tak sampai tahap dewa..jadi kepada golongan ini, insaflah di bulan yang mulia ni...cikgu rekacipta kamu ni bukannya mesin, boleh memeriksa dalam 5 minit je..




Kepada yang dah sampai tahap dewa, teruskan kecemerlangan dan jangan menoleh ke belakang lagi...nnti sakit pula leher..Serta jangan lupa, tiada JALAN KEDUA untuk kemalasan, berusahalah sebaiknya dan jangan lupa siapa diri kita.



Post by wakjawa78

Tuesday, August 2, 2011

Perincian tema Rekacipta 2012

Posted by Mr Wakjawa 7:49 PM, under | No comments

Tuan tuan dan puan puan, saya perincikan tema rekacipta SPM 2012 yang telah dilancarkan sebelum ini. Kepada pelajar Ting 4 sekarang, semak perincian ini denga teliti dan pilih tema dan masalah yang bersesuaian dengan selera anda..

PENYUKATAN
1.1 Bidang

Kepenggunaan.

1.2 Pengenalan

Menyukat merupakan satu proses kerja yang dilakukan
supaya sesuatu yang disukat tepat/jitu.

1.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti menyukat sesuatu
benda/barangan pengguna.

1.4 Takrif

Penyukatan merupakan suatu proses kerja untuk menyukat/mengukur benda/barang
pengguna supaya tepat/jitu.

Kamus Dewan : Penyukat : alat yang digunakan untuk menyukat
(mengukur dan lain-lain)
Penyukatan : perbuatan menyukat
Menyukat : i – mengukur dengan sukat
ii – mengukur (panjang,luas,isi)

1.5 Kaedah Menyukat

Mengukur/ menimbang/ menghitung/ membilang/ mengira
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

PEMANASAN

2.1 Bidang

Pengurusan makanan.

2.2 Pengenalan

Memanas merupakan satu proses kerja yang dilakukan supaya makanan/ minuman
berkeadaan panas.

2.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti memanasi makanan/minuman
yang telah dimasak/disediakan.

2.4 Takrif

Pemanasan merupakan suatu proses kerja memanasi makanan / minuman yang
dimasak/disediakan dari keadaan sejuk ke keadaan panas atau kekal berkeadaan
panas.

Kamus Dewan : Pemanasan : perihal memanasi (makanan)
Memanasi : i: menghangatkan
ii: menambah panas

2.5 Kaedah Memanas

Membakar/ memanggang/ menggril/ menggoreng/ mengukus/ merebus/mereneh/ mendidih
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).



PENGERINGAN

3.1 Bidang

Pertanian.

3.2 Pengenalan

Mengering merupakan satu proses kerja yang dilakukan terhadap sesuatu hasil
pertanian supaya tidak berair/lembap.

3.3 Fokus Reka Ciptaaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti mengeringkan hasil
pertanian.
3.4 Takrif

Pengeringan merupakan suatu proses kerja menyingkir/mengurangkan kandungan
air pada hasil pertanian.

Kamus Dewan : Pengeringan : perihal mengeringi/mengeringkan
Mengeringi : membiarkan supaya menjadi kering

3.5 Kaedah Mengering

Menghembus/ memanas/ menyalai/ mengempar/ mengangin/ menyejat/
menjemur/ membentang/ memerah
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).


Post by wakjawa78

Wednesday, July 6, 2011

Tema rekacipta 2012

Posted by Mr Wakjawa 9:30 PM, under | No comments

Salam sejahtera semua. Hasil daripada carian maklumat di seluruh negara, dan melalui sumber sumber yang diketahui, maka maklumat mengenai tema projek SPM 2012 telah diketahui. Berikut dinyatakan tiga tema yang akan dipilih oleh calon Rekacipta SPM 2012.




a. Penyukatan: tumpuan kepada kepenggunaan harian


b. Pemanasan : tumpuan kepada makanan


c. Pengeringan : tumpuan pada bidang pertanian


Post by wakjawa78

Thursday, May 26, 2011

Sistem gear

Posted by Mr Wakjawa 6:19 PM, under | No comments




Sistem gear banyak digunakan dalam pelbagai jenis peralatan mekanikal Dan elektromekanikal. Terdapat 4 jenis gear yang popular, antaranya

Gear taji

Gear taji mempunyai bentuk bulat bergerigi yang banyak digunakan dlm peralatan seperti mesin basuh, faks, printer, skru driver electric Dan jam elektronik. Memiliki 2 jenis gear berlainan saiz, besar Dan kecil(pinion). Kedua-dua gear dan pinion mempunyai gigi lurus dan berpaut (mesh) bersama untuk menghasilkan pergerakan


- Kelebihan: mudah disesuaikan dengan mana-
mana design, mudah didapati dan

- Kelemahan: bising sebab perlanggaran antara
gigi semasa pergerakan.

Monday, May 2, 2011

Saya kembali

Posted by Mr Wakjawa 6:13 PM, under | No comments

Lamanya tak tulis blog...hari ni saya warm up dululah, velum Ada modal mau tulis. Tgu entri berikutnya...