Tuesday, February 28, 2012

Idea rekacipta pengeringan menggunakan tenaga suria

Posted by Mr Wakjawa 5:11 PM, under | No comments




Assalamualaikum, salam sejahtera..hari ni hari terakhir bulan Februari, sepatutnya kerja-kerja pembinaan prototaip sudah memasuki pertengahan jalan. Tapi nampaknya angan angan saya je lah. Namun, masih ada seorang calon yang berhabis untuk memulakan projeknya, tahniah Arnorld! Harapnya yang lain akan mengikuti nanti.

Ada pelajar saya, si Koyong panggilannya, kemukakan idea rekaannya yang bertemakan pengeringan. Idea dia nak keringkan ikan dengan bantuan sinaran suria, dengan cara menghasilkan haba melalui elemen pemanas yang dikuasakan daripada panel solar. Saya impress juga dengan idea dia, tapi bila difikir fikir, bukan projek tu yang jadi masalah, tapi kos panel solar tu yang agak ehem ehem...lagipun latar belakang kewangannya bukan berapa kukuh. Lagipun susah mencarinya di sekitar KK.



Maka saya utarakan pengubahsuaian, untuk meringankan beban kos pembuatannya. Daripada panel solar memanaskan elemen pemanas untik mendapatkan haba, baik cahaya tu yang digunakan terus. Mudah sahaja, guna kanta pembesar, tapi laras kedudukannya agar tidak terlampau tajam, nanti hangus pula ikan tu...gunakan dalam 6 atau 9 kanta pembesar, for sure panas punya ikan tu...kalau tak kering pun, jadi ikan bakar pun bleh maaaaa....



Post by wakjawa78

0 comments:

Post a Comment