Friday, January 20, 2012

Bagaimana menghasilkan gabungan idea melalui lakaran sintesis

Posted by Mr Wakjawa 4:25 PM, under | No comments

Bertemu lagi. Hasil kerja anak anak buah sekarang sedang berada di tahap memuaskan. Biarpun agak jauh kebelakang dari jadual asal, tapi mereka sudah menunjukkan perubahan sikap dalam menyediakan tugasan mereka ini.

Hari ini saya nak bicara tentang aspek 1.3 perkara keempat iaitu mensintesis idea melalui lakaran. Dalam aspek ini, pereka perlu bijak menggabungkan dua idea yang telah di lakarkan bagi menghasilkan idea akhir yang hebat dan bernas. Syarat utama aspek ini iaitu pereka perlu siap menyediakan dua cetusan idea yang menggunakan dua kaedah yang berbeza. Gabungan dua idea ini mengambil kira aspek rekaan, rupabentuk, bahan dan fungsi. Cari kekuatan yang wujud dalam rekaan kedua dua idea, kemudian manfaatkannya dan beri penambahbaikan.




Rajah di atas adalah contoh mudah bagaimana proses gabungan itu berlaku. Mudah sahaja, yang penting design gabungan itu kelihatan logik dan masuk akal. Teruskan mencuba, teruskan dengan idea...salam.


Post by wakjawa78

0 comments:

Post a Comment