Tuan tuan dan puan puan, saya perincikan tema rekacipta SPM 2012 yang telah dilancarkan sebelum ini. Kepada pelajar Ting 4 sekarang, semak perincian ini denga teliti dan pilih tema dan masalah yang bersesuaian dengan selera anda..
PENYUKATAN
1.1 Bidang
Kepenggunaan.
1.2 Pengenalan
Menyukat merupakan satu proses kerja yang dilakukan
supaya sesuatu yang disukat tepat/jitu.
1.3 Fokus Reka Ciptaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti menyukat sesuatu
benda/barangan pengguna.
1.4 Takrif
Penyukatan merupakan suatu proses kerja untuk menyukat/mengukur benda/barang
pengguna supaya tepat/jitu.
Kamus Dewan : Penyukat : alat yang digunakan untuk menyukat
(mengukur dan lain-lain)
Penyukatan : perbuatan menyukat
Menyukat : i – mengukur dengan sukat
ii – mengukur (panjang,luas,isi)
1.5 Kaedah Menyukat
Mengukur/ menimbang/ menghitung/ membilang/ mengira
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
PEMANASAN
2.1 Bidang
Pengurusan makanan.
2.2 Pengenalan
Memanas merupakan satu proses kerja yang dilakukan supaya makanan/ minuman
berkeadaan panas.
2.3 Fokus Reka Ciptaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti memanasi makanan/minuman
yang telah dimasak/disediakan.
2.4 Takrif
Pemanasan merupakan suatu proses kerja memanasi makanan / minuman yang
dimasak/disediakan dari keadaan sejuk ke keadaan panas atau kekal berkeadaan
panas.
Kamus Dewan : Pemanasan : perihal memanasi (makanan)
Memanasi : i: menghangatkan
ii: menambah panas
2.5 Kaedah Memanas
Membakar/ memanggang/ menggril/ menggoreng/ mengukus/ merebus/mereneh/ mendidih
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
PENGERINGAN
3.1 Bidang
Pertanian.
3.2 Pengenalan
Mengering merupakan satu proses kerja yang dilakukan terhadap sesuatu hasil
pertanian supaya tidak berair/lembap.
3.3 Fokus Reka Ciptaaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti mengeringkan hasil
pertanian.
3.4 Takrif
Pengeringan merupakan suatu proses kerja menyingkir/mengurangkan kandungan
air pada hasil pertanian.
Kamus Dewan : Pengeringan : perihal mengeringi/mengeringkan
Mengeringi : membiarkan supaya menjadi kering
3.5 Kaedah Mengering
Menghembus/ memanas/ menyalai/ mengempar/ mengangin/ menyejat/
menjemur/ membentang/ memerah
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
Post by wakjawa78
Tuesday, August 2, 2011
Perincian tema Rekacipta 2012
Posted by Mr Wakjawa
7:49 PM, under | No comments
0 comments:
Post a Comment