Friday, October 14, 2011

Rekaan Tema rekacipta 2012 penyukatan

Posted by Mr Wakjawa 5:14 PM, under | 2 comments




Bertemu lagi. Geng rekacipta sekarang bertungkus lumus menyediakan garapan idea 1 dan 2 yang perlu diperkembangkan untuk membentuk idea terbaik. Seperti dijangka, calon yang menggunakan tema pemanasan dan pengeringan seakan tidak mahu berhenti ideanya melimpah limpah. Bagaimana dengan calon yang memilih tema penyukatan? Macam 'blank' je...

Kalau mengikut penelitian saya, tema penyukatan boleh diaplikasi dalam pelbagai keadaan. Contohnya kalau anda merupakan seorang pekerja restoran, bertugas sebagai pembancuh air minuman, seringkali anda menyukat jumlah susu pekat manis yang digunakan untuk membancuh minuman berkenaan. Alat yang biasa digunakan iaitu sudu, menghasilkan sukatan berbeza setiap kali digunakan. Jadi jalan terbaik adalah menghasilkan rekaan penyukatan susu pekat manis yang efisien dan hebat serta menjimatkan.

Rekaan ini boleh diletakkan di ruang membancuh air, dan mempunyai aplikasi yang hampir serupa dengan mesin air yang digunakan di premis KFC. cuma bezanya kali ini anda hasilkan sendiri...hebat bukan!

Banyak lagi aplikasi yang boleh dijadikan tema penyukatan, antaranya penyukatan ikan, ikan bilis, beras, minuman, penyukatan air dan sebagainya. Lihat sekeliling anda, cari titik tumpuan yang bersesuaian dengan tema yang dipilih.

Selamat mencuba!


Post by wakjawa78