Sunday, August 21, 2011

Idea hebat tema Rekacipta 2012 Pemanasan

Posted by Mr Wakjawa 6:13 PM, under | 6 comments

Hari ini saya perkatakan mengenai tema Rekacipta 2012 SPM yang berkaitan dengan Pemanasan. Melalui tema ini, fokusnya adalah memanaskan makanan, maksudnya makanan atau minuman yang dah tersedia tu, dapat dikekalkan kepanasannya selama yang diperlukan untuk menjaga kualiti dalam menikmatinya. Biasalah, sedap lagi makan atau minum minuman dalam keadaan panas berbanding dengan yang dah sejuk punya.

Lihat contoh berkaitan




Alat memanaskan minuman kopi atau teh menggunakan konsep heat radiator. Alas pemanas diperbuat daripada seramik untuk mengekalkan suhu dan tahan haba.




Pemanas makanan ini diaktifkan dengan menggunakan kuasa solar! Macam mana mau pakai kalau malam yeee?





USB Powered Portable Heater ini membolehkan anda memanaskan makanan dengan hanya memplug in usb adapter ke pada komputer peribadi anda..sungguh mudah dan menjimatkan masa dan tenaga di pejabat.




Ini pun best juga idea dia, pemanas berada di bawah sekali peralatan ini, kemudian bahagian bertingkat membolehkan semua makanan ini dipanaskan serentak tanpa perlu mencampur adukkannya.

Anda boleh cari lagi idea lain yang hebat hebat, lagipun anda juga seorang pereka, betul kann....

Post by wakjawa78

6 comments:

Cikgu macam mana nak buat penyata masalah berkaitan pemanas bagi minuman? saya tengah konfius nie

salam. cikgu , ade tak pasal penyukatan ? boleh share dgn kami ?

cikgu ade x pasal pengeringan cikgu boleh nyatakan penyata masalah

Yang penting, u ada masalah yang mau diselesaikan, kemudian nyatakan kata kunci yang bersesuaian...kalau pasal pemanas minuman tu, asalkan ia berupaya mengekalkan suhu minuman tu pada suhu tertentu, sudah dianggap berjayalah tu..

Ada budak saya cuba buat alat yang dapat menyukat saiz sayur sebelum ia dipotong, maknanya saiz sayur tu, selepas dipotong, sama saiz je...

Boleh jugak pengeringan pisang ke, pengeringan udang ke, kalau nak pernyataan masalah, ikuti my next entri...keep on watching..

Post a Comment