Friday, January 13, 2012

Selamat datang pereka baru 2012

Posted by Mr Wakjawa 9:18 PM, under | No comments




Assalamualaikum...

Selamat bertemu dan selamat datang calon calon baru geng RC musim terbaru 2012..saya juga mengucapkan selamat tinggal kepada geng geng lama, Apis, Cel, Sharul dan tak lupa jaguh jalan kaki, si Akmal...

Musim 2012 menerma kemasukan hampir 20 orang pereka baru..Form 4 yang terdiri juga geng robotik, si Kojai, Zul dan Fahmy..Si Tahir dah lari plak ke Teknik, ucapan selamat berjaya di sana! Jangan merengek mau balik sekolah lama lak! Tahun ini saya tidak mengendalikan Form 4, sebab ada guru baru dari Semenanjung...thanks kerana mengurangkan masa saya( ada masa berlatih robot).

But for form 5 student, jangan lupa tarikh keramat 25 hb, dah janji dah tu, jangan mungkir lagi...saya nak masuk pembinaan prototaip dah ni...lekas lekas siapkan..sementara menunggu keputusan SPM, diharap group 2012 dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan terhadap mp RC supaya mampu meletakkan diri sebaris dengan bekas bekas calon RC yang cemerlang dalam peperiksaan. Jangan asyik duduk di takuk lama...nda la pandai bergerak gerak kemahirannya.. Saya akan mendedahkan kepada mereka kemahiran kemahiran asas dalam melaksanakan amali pembinaan prototaip meliputi memateri, mengendalikan besi, membentuk logam, kayu, plastik dan membuat kemasan hebat kepada prototaip yang telah dihasilkan.

Kita ikuti perkembangan mereka seterusnya dalam note akan datang. Salam


Post by wakjawa78