Wednesday, January 23, 2013

Selamat bertemu My Pereka 2013

Posted by Mr Wakjawa 4:16 PM, under ,, | 2 comments

Salam bertemu kembali...I'm continuing my new project for 2013...hopely succeed...with new look, new fresh ideas...tq

Monday, August 6, 2012

Tips mengajar Rekacipta untuk Tingkatan 4

 

Kepada semua warga mp Rekacipta seluruh negara, selamat berpuasa, selamat mencurahkan idea...kepada budak form 5, tahniah kerana anda telah selesai menyediakan folio dan prototaip rekacipta. Kepada budak form 4, its a new beginning, and keep on designing..hanya tinggal beberapa bulan sebelum cuti akhir tahun bermula. Kalau boleh u all boleh sampai tajuk 1.4 sudah.

Nak cerita apa yang sepatutnya berlaku kepada pelajar RC semasa di ting 4. Kalau nak diikutkan, semester untuk budak ting 4 ni pendek je..malahan sukatannya pun ringkas. Kepada guru RC yang baru pertama kali mengendalikan form 4, bagi mengimbangi tempoh semester yang ada dengan sukatan pelajaran form 4, ini cadangan saya;

Jan - Mei

Selesaikan sukatan, habiskan semua tajuk, terutamanya tajuk yang tidak melibatkan kemahiran...biasanya tajuk seperti ini, agak membosankan pelajar, so jangan terikat mengajar dengan hanya talk talk je...tidur karang budak budak tu. Ambil pemberatan tajuk lakaran idea, teknik teknik melakar, AutoCAD, alatan tangan dan bahan. Kalau saya, mencerna idea melalui lakaran antara tajuk wajib diberi perhatian. Biar banyak latihan melakar, jangan banyak sangat menulis...budak RC ni memang tak berapa gemar menulis...jangan lah timbunkan diaorang ni dengan nota macam sejarah...kalau nak suruh buat nota pun, buat dalam peta minda.

Jun - Oktober

Ini adalah tempoh bermulanya membina prototaip RC. dimulakan dengan menganalisis masalah dari aspek 1.1 Hingga 1.2. Form 4 sekarang menggunakan kaedah diskriminasi. Saya sangat menyokonglah kaedah ni...bagus untuk guru, bagus untuk calon...kerja siap awal..saya dah berjaya sampai ke tajuk 1.3 dan dah siap ada markah...tahun depan takyah susah susah..rasanya sepanjang tempoh hingga oktober ni, memang terisi dengan menghasilkan folio aspek 1.1 hingga 1.4..bahkan tak sedar pun masa berlalu.

Selain daripada itu, selitkan dalam pengajaran amali pertukangan kay dan logam. Masa inilah nak mengajar budak budak RC kemahiran kemahiran penting seperti kemahiran mengendalikan logam, welding, cutting, spraying, finishing, modelling dan beberapa kemahiran lain..rasanya, terisi lah waktu terluang di penghujung tahun ni..

So kepada tenaga pengajar baru RC, gunakan kreativiti anda dalam mengajar budak RC ni...mengikut pengalaman saya, memang mereka tidak gemar duduk diam diam buat kerja...mesti mau bergerak gerak buat kerja....ok...keep on designing!

 

 

Friday, July 20, 2012

Tema rekacipta 2013 pencahayaan

Posted by Mr Wakjawa 7:28 PM, under ,,,, | No comments

Salam Ramadhan al-Mubarak...waduh, lama dong tak menjenguk blog ku ini...sori lah ye geng, saya stuck in a quiet little busy....baru dua hari lepas siap menyediakan dan melancarkan gimik perasmian untuk acara di Daerah Beaufort...Alhamdulillah berjaya...nasib mau keluar itu asap, bom pun mau meletup...robot pun sudi berjalan..tq to my Robotic Crew, Geng Naga Smekem..u all memang macam naga pun...keep on the good job and attitude...

So, bring u all new Tema Pencahayaan, tema yang bunyinya macam senang je, mungkin jugalah senang..so, mau dipanjangkan cerita pencahayaan is based on lampu, led, mentol, colorlite, atau apa apa cahaya lagilah. Dalam tema kali ni, sama ada cahaya itu sebagai fungsi menerangi, ataupun fungsi memberi isyarat..tapi banyak dah projek dan produk yang menggunakan tema seperti ini...saya rasa, u all just kaitkan je dengan tema sekeliling..kalau nak surf di internet, berkilo rasanya projek macam ni...mmm saya describe beberapa contohlah...

Contoh 1

Kalau di lihat imej di atas, tak payah dah susah susah pasang lampu di depan basikal, biar menyala semua, dari depan, belakang, kiri atau kanan semua orang nampak....selamat berbasikal di waktu malam..tak perlu guna bateri, cas semula je dengan menggunakan pergerakan tayar tu.


Contoh 2

Apa pendapat anda dengan yang ini pula...fikirkan apa orang tu buat dengan vest LED tu?

Kalau u all cari di internet, macam macam idea dapat dilihat bagaimana tema pencahayaan diguna pakai dengan meluas...buat le kasut berlampu, malam malam tak payah pakai torchlight kalau naka berjalan...ada di kaki je...

So usaha lagi mencari idea...nanti saya sambung lagi k...

Sunday, April 1, 2012

Tema rekacipta 2013

Posted by Mr Wakjawa 9:23 PM, under | 9 comments

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar RC 2011 saya yang menaikkan populariti dan pencapaian m/p Rekacipta 2011...syabas kerana anda berjaya melepasi sempadan dan mengatasi diri sendiri hingga membuahkan A bagi keputusan SPM yang lalu. Daripada 22 calon, 2 orang memperoleh B+, manakala selebihnya dapat A...syukur Alhamdulillah...tak sangka idea saya berjaya. Jadi kepada calon 2012, ini adalah cabaran getir untuk kamu semua, semoga berjaya melaksanakan kerja kursus dan exam dengan jayanya.



So, saya nak describe tema rekacipta 2013 yang telah keluar dan akan sampai ke semua sekolah yang mengambil RC. Tapi cabaran terbesar terletak pada cara pentaksirannya....hehe...macam ada sukar sikit.....berikut saya senaraikan temanya, beserta perinciannya...go head u all...never turning back



TEMA KERJA KURSUS
 REKA CIPTA SPM
3763/2


PENYUSUNAN

BIDANG

Sukan / Rekreasi


PENGENALAN

Penyusunan adalah proses / kerja yang dilakukan supaya sesuatu peralatan / barang seperti dalam bidang sukan / rekreasi kelihatan kemas dan teratur


FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan boleh melakukan kerja menyusun peralatan sukan / rekreasi di sekolah

(Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Penyusunan merupakan suatu proses / kerja untuk meyusun supaya kemas dan teratur

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i-susun:
longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih), susun atur cara menyusun dan mengatur sesatu seperti perabot, peralatan, dsb dalam sesuatu ruang dsb mengikut pelan yang dikehendaki

ii-menyusun:
meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih), mengatur baik-baik, meletakkan beraturan

iii-menyusunkan:
menyusun sesuatu untuk, mengaturkan


KAEDAH PENYUSUNAN

Menyisih / mengatur / menindih / mengasing / menyekat / memisah / melonggok / menggred / melapis / menggantung / melekap / melekat / menggulung / menyepit / mencengkam / mencangkuk / menyangkut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta





PENCAHAYAAN

1.1 BIDANG

Kepenggunaan


1.2 PENGENALAN

Pencahayaan adalah proses kerja untuk menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi


1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan ini menggunakan cahaya untuk membantu / memudahkan aktiviti pengguna

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Pencahayaan merupakan proses menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi untuk memudahkan aktiviti pengguna

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – cahaya :
pancaranyang datangnya dar objek yang bersinar (lampu, api dsb) yang membolehkan sesuatu objek sekeliling dan lain-lain dapat dilihat

ii – bercahaya :
Memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berseri

iii - mencahayai:
Memberi cahaya kepad, menerangiu, menyinari, menyuluh

iv – mencahayakan :
Mengeluarkan / memancarkan cahaya, menyinarkan


1.5 KAEDAH PENCAHAYAAN
Menyinar / menyuluh / menerang / mengelip / membias / memantul / memfokus /
mencapah

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)






PENGASINGAN

BIDANG

Penyediaan makanan


PENGENALAN

Pengasingan adalah proses kerja yang dilakukan untuk memisahkan bahan masakan daripada bendasing / bahagian yang tidak diperlukan dalam proses penyediaan makanan


1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk mengasingkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan dalam proses penyediaan makanan

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Pengasingan merupakan suatu proses / kerja memisahkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – asing :
Berlainan, terpisah, tersendiri

ii – pengasingan :
Perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan / memisahkan

iii – mengasingkan :
Memisahkan dari yang lain / menyisihkan


1.5 KAEDAH PENGASINGAN

Menyaring / menapis / menyisih / mengangin / memutar / memerah / memampat / menarik / menggetar / mengempar / mengayak / menampi / menggoncang / meniup / menyedut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)




Post by wakjawa78

Saturday, March 10, 2012

Tema rekacipta pemanasan apa yang perlu anda tahu mengenai elemen pemanas

Posted by Mr Wakjawa 1:55 AM, under | No comments




Sebuah unsur pemanas menukarkan tenaga elektrik kepada haba melalui proses pemanasan Joule. Arus elektrik yang melalui elemen pemanas akan menghadapi rintangan, mengakibatkan berlakunya pemanasan unsur.

Kebanyakan unsur-unsur pemanasan menggunakan dawai 80/20 Nichrome (80% nikel, kromium 20%), pita, atau jalur. Nichrome 80/20 merupakan bahan yang ideal, kerana ia mempunyai rintangan yang agak tinggi dan membentuk lapisan melekat oksida kromium apabila dipanaskan untuk kali pertama. Bahan di bawahnya merupakan bahan tidak teroksida, mencegah wayar daripada mereput atau terbakar. Rintangan dawai: mungkin wayar atau pita, lurus atau bergelung.

Digunakan dalam barang-barang biasa seperti pembakar roti dan pengering rambut, relau untuk pemanasan perindustrian, pemanas lantai, bumbung pemanasan, pemanasan laluan untuk mencairkan salji, pengering dan lain-lain yang biasa wayar daripada kelas-kelas berikut Wayar Kanthal (FeCrAl) Nichrome 80/20 wayar dan jalur Cupronickel (CuNi) aloi untuk pemanasan suhu rendah Molibdenum disilicide (MoSi2, molibdenum silicide, atau MOSI2), kompaun intermetallic, silicide molibdenum, seramik refraktori dengan penggunaan utama dalam unsur-unsur pemanasan. Ia mempunyai ketumpatan sederhana, takat lebur 2030 ° C, dan elektrik konduktif.

Pada suhu yang tinggi ia membentuk satu lapisan passivation silikon dioksida, melindungi daripada pengoksidaan lanjut. Kawasan Permohonan Industri Kaca, pensinteran Seramik, relau rawatan haba, relau resapan semikonduktor Disilicide molibdenum didopkan dengan Al atau Mo (Si, Al) 2, kompaun intermetallic, silicide molibdenum, seramik refraktori dengan penggunaan utama dalam unsur-unsur pemanasan.

Pada suhu yang tinggi, ia membentuk lapisan passivation alumina (Al2O3) melindungi daripada hakisan atau pengoksidaan lanjut. Kawasan Permohonan Industri Kaca, pensinteran Seramik, relau rawatan haba, relau resapan semikonduktor. Kerja 300 oC yang lebih tinggi dalam atmosfera mengurangkan daripada MoSi2. Skrin bercetak trek logam-seramik yang didepositkan pada plat logam seramik (umumnya keluli) ditebat.






Post by wakjawa78

Tuesday, February 28, 2012

Idea rekacipta pengeringan menggunakan tenaga suria

Posted by Mr Wakjawa 5:11 PM, under | No comments




Assalamualaikum, salam sejahtera..hari ni hari terakhir bulan Februari, sepatutnya kerja-kerja pembinaan prototaip sudah memasuki pertengahan jalan. Tapi nampaknya angan angan saya je lah. Namun, masih ada seorang calon yang berhabis untuk memulakan projeknya, tahniah Arnorld! Harapnya yang lain akan mengikuti nanti.

Ada pelajar saya, si Koyong panggilannya, kemukakan idea rekaannya yang bertemakan pengeringan. Idea dia nak keringkan ikan dengan bantuan sinaran suria, dengan cara menghasilkan haba melalui elemen pemanas yang dikuasakan daripada panel solar. Saya impress juga dengan idea dia, tapi bila difikir fikir, bukan projek tu yang jadi masalah, tapi kos panel solar tu yang agak ehem ehem...lagipun latar belakang kewangannya bukan berapa kukuh. Lagipun susah mencarinya di sekitar KK.



Maka saya utarakan pengubahsuaian, untuk meringankan beban kos pembuatannya. Daripada panel solar memanaskan elemen pemanas untik mendapatkan haba, baik cahaya tu yang digunakan terus. Mudah sahaja, guna kanta pembesar, tapi laras kedudukannya agar tidak terlampau tajam, nanti hangus pula ikan tu...gunakan dalam 6 atau 9 kanta pembesar, for sure panas punya ikan tu...kalau tak kering pun, jadi ikan bakar pun bleh maaaaa....



Post by wakjawa78