Wednesday, August 10, 2011

Bagaimana menentukan tema rekacipta SPM 2012

Posted by Mr Wakjawa 9:22 PM, under | No comments




Bulan Julai sudah berlalu menandakan bermulanya episod baru bagi pelajar Ting 4 Rekacipta untuk memulakan pencarian idea berkenaan tema projek 2012 mereka. Dengan berdasarkan tema penyukatan, pemanasan dan pengeringan pelajar sudah boleh memerah otak mencari idea yang bersesuaian dengan persekitaran mereka dan kemampuan merekacipta.

Terdapat 5 perkara yang boleh membantu untuk menjana idea bagi memilih tema berkenaan.

1. Lihat masalah yang berlaku melalui pengalaman orang lain.

Ini merupakan kaedah termudah, kerana ia tidak memerlukan banyak modal untuk melakukannya. Hanya kaji persekitaran sekeliling anda, lihat masalah yang sering berlaku di sekeliling anda. Sebagai contoh, peralatan di atas terhasil daripada masalah membuat penyukatan untuk jalan raya atau jarak sesuatu tempat. Masalah ini mungkin biasa di alami oleh pekerja yang mengendalikan kerja menyukat jalan. Agak sukar untuk mencari pita pengukur dengan panjang melebihi 100 meter, maka dicipta alat yang dapat mengukur jarak melebihi panjang pita pengukur yang biasa.

2. Lihat masalah yang berlaku melalui pengalaman sendiri.

Lihat apa yang berlaku setiap hari, mungkin anda ada masalah tersendiri yang memerlukan penyelesaian. Mulakan dari seawal bangun pagi hingga matahari terbenam, pasti ada masalah yang berkait rapat dengan tema pemanasan, atau penyukatan mahupun pengeringan yang selama ini anda tidak perasan pun..

3. Kaji di web

Perlukan satu komputer, netbook ke, tablet ke yang ada connection internet. Ini merupakan satu platform terbesar yang mempunyai longgokan masalah dan penyelesaian atas segala persoalan. Kaji satu persatu mengikut tema tadi. Pasti anda akan terjumpa paling tidak pun satu.

0 comments:

Post a Comment