Sunday, April 1, 2012

Tema rekacipta 2013

Posted by Mr Wakjawa 9:23 PM, under | 9 comments

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar RC 2011 saya yang menaikkan populariti dan pencapaian m/p Rekacipta 2011...syabas kerana anda berjaya melepasi sempadan dan mengatasi diri sendiri hingga membuahkan A bagi keputusan SPM yang lalu. Daripada 22 calon, 2 orang memperoleh B+, manakala selebihnya dapat A...syukur Alhamdulillah...tak sangka idea saya berjaya. Jadi kepada calon 2012, ini adalah cabaran getir untuk kamu semua, semoga berjaya melaksanakan kerja kursus dan exam dengan jayanya.



So, saya nak describe tema rekacipta 2013 yang telah keluar dan akan sampai ke semua sekolah yang mengambil RC. Tapi cabaran terbesar terletak pada cara pentaksirannya....hehe...macam ada sukar sikit.....berikut saya senaraikan temanya, beserta perinciannya...go head u all...never turning back



TEMA KERJA KURSUS
 REKA CIPTA SPM
3763/2


PENYUSUNAN

BIDANG

Sukan / Rekreasi


PENGENALAN

Penyusunan adalah proses / kerja yang dilakukan supaya sesuatu peralatan / barang seperti dalam bidang sukan / rekreasi kelihatan kemas dan teratur


FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan boleh melakukan kerja menyusun peralatan sukan / rekreasi di sekolah

(Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Penyusunan merupakan suatu proses / kerja untuk meyusun supaya kemas dan teratur

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i-susun:
longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih), susun atur cara menyusun dan mengatur sesatu seperti perabot, peralatan, dsb dalam sesuatu ruang dsb mengikut pelan yang dikehendaki

ii-menyusun:
meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih), mengatur baik-baik, meletakkan beraturan

iii-menyusunkan:
menyusun sesuatu untuk, mengaturkan


KAEDAH PENYUSUNAN

Menyisih / mengatur / menindih / mengasing / menyekat / memisah / melonggok / menggred / melapis / menggantung / melekap / melekat / menggulung / menyepit / mencengkam / mencangkuk / menyangkut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta





PENCAHAYAAN

1.1 BIDANG

Kepenggunaan


1.2 PENGENALAN

Pencahayaan adalah proses kerja untuk menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi


1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan ini menggunakan cahaya untuk membantu / memudahkan aktiviti pengguna

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Pencahayaan merupakan proses menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi untuk memudahkan aktiviti pengguna

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – cahaya :
pancaranyang datangnya dar objek yang bersinar (lampu, api dsb) yang membolehkan sesuatu objek sekeliling dan lain-lain dapat dilihat

ii – bercahaya :
Memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berseri

iii - mencahayai:
Memberi cahaya kepad, menerangiu, menyinari, menyuluh

iv – mencahayakan :
Mengeluarkan / memancarkan cahaya, menyinarkan


1.5 KAEDAH PENCAHAYAAN
Menyinar / menyuluh / menerang / mengelip / membias / memantul / memfokus /
mencapah

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)






PENGASINGAN

BIDANG

Penyediaan makanan


PENGENALAN

Pengasingan adalah proses kerja yang dilakukan untuk memisahkan bahan masakan daripada bendasing / bahagian yang tidak diperlukan dalam proses penyediaan makanan


1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk mengasingkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan dalam proses penyediaan makanan

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)


1.4 TAKRIF

Pengasingan merupakan suatu proses / kerja memisahkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – asing :
Berlainan, terpisah, tersendiri

ii – pengasingan :
Perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan / memisahkan

iii – mengasingkan :
Memisahkan dari yang lain / menyisihkan


1.5 KAEDAH PENGASINGAN

Menyaring / menapis / menyisih / mengangin / memutar / memerah / memampat / menarik / menggetar / mengempar / mengayak / menampi / menggoncang / meniup / menyedut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)




Post by wakjawa78

9 comments:

boleh tak tolong bai contoh pernyataan masalah untuk pencahayaaan????

bley x nk tngok contoh gmba2 yuntuk pencahayaan...

Ok, ok...saya post nanti...

boleh tak tlng bg cntoh pernyataan masalah bg tema pengasingan 2013

boleh tak aku nak tengok gambar2 kaedah pencahayaan menyinar,menerang, mengelip.

boleh tak tunjuk contoh gambar gambar untuk penyusunan(menindih dn mengatur)

Salammm...sy nk tanya..apa tema untuk spm 2014...pls share...

boleh tak tunjuk contoh gambar untuk kaedah pemotongan(menuai dan menoreh)

saya tidak faham apa yang cikgu perlu. pls assist me. tq

Post a Comment