Monday, February 6, 2012

Kaedah menulis pernyataan masalah tema rekacipta pengeringan dengan betul

Posted by Mr Wakjawa 5:14 PM, under | 4 comments

Musim menulis folio dan perancangan membina prototaip sedang memasuki fasa terakhir. Budak budak saya dah mula membina prototaip masing masing dengan stail dan gaya masing masing. Ada yang memiliki bajet yang cukup, ada yang terpaksa membeli bahan secara beransur ansur. Tak mengapalah yang penting ada perkembangan.

Saya nak tunjukkan cara menulis pernyataan masalah bagi tema rekacipta pengeringan. Dalam hal ini, saya gunakan udang kering sebagai subjek kajian. Cara penulisannya adalah seperti berikut,


Perenggan 1
Nyatakan situasi yang merujuk kepada masalah, contohnya

Pak Usop ialah seorang pengusaha dan pembekal udang kering. Beliau membekalkan udang kering tersebut kepada penduduk di sekitar kawasan kampungnya di Membakut, termasuk menjualnya kepada pemborong-pemborong udang kering dari kawasan lain. Reputasi jualan beliau sangat baik terutamanya di waktu cuaca panas, kerana beliau menggunakan teknik jemuran di bawah sinar matahari untuk mengeringkan udang udang berkenaan.

Perenggan 2
Nyatakan masalah yang dihadapi oleh subjek situasi.

Situasi ini berbeza sekali apabila cuaca beralih arah. Apabila mula musim hujan, Pak Usop menghadapi kesukaran untuk mengeringkan udang-udangnya dengan cepat disebabkan teknik yang digunakannya bergantung penuh dengan sinaran matahari. Ini tentu menjejaskan jualan dan pendapatan beliau. Udang-udang yang tidak berjaya dikeringkan juga akan terbiar dan busuk begitu sahaja.

Perenggan 3
Nyatakan kekerapan menghadapi masalah

Perenggan 4
Nyatakan pernyataan masalah, contoh ada di buku teks Rekacipta m/s14, jangan lupa nyatakan kata kunci yang bersesuaian dengan masalah. Antaranya seperti lambat, sakit, tidak tahan lasak, susah, penat, tidak peka, bahaya, membazir, tidak tepat.

Perenggan 3 dan 4 boleh anda karang sendiri ayatnya. Lagipun, kalau semua main tiru, tiadalah kelainan dalam folio anda...so selamat meneruskan penulisan anda...

(Thank u to Asrafel)


Post by wakjawa78

4 comments:

terima kasih ats penduan . tp apa kata kunci yg boleh dimasukkan utk tema pemanasan ?

Salam, for sure, kalau pemanasan, kata kunci popular seperti lambat, sakit atau susah..apa apa kata kunci pun boleh, asal ngam gaya ayatnya...lagipun ia just untuk digunakan dalam pencernaan idea je...ok...teruskan berkarya...

thankz ats panduan,tp ape kekerapan menghadapi masalah???

Well done! Great job! Sngt membantu..

Post a Comment