Saturday, February 4, 2012

Contoh produk di pasaran tema pemanasan

Posted by Mr Wakjawa 5:50 PM, under | No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Amacam designer semua, ada ok? Saya nak cerita sikit pasal tema pemanasan ni. Secara tidak sengaja saya terjumpa satu website Yang memaparkan produk keluaran sebuah syarikat yang menggunakan konsep pemanasan makanan dan minuman seperti sup, atau kopi yang dijual secara talian. Konsep rekaan begitu serupa dengan tema rekacipta pemanasan. Sangat baik untuk rujukan semua budak RC di luar sana.







Imej Di atas menunjukkan satu produk pemanasan minuman mereka. Ada keratan rentasnya untuk semua melihat binaan dalamannya. Walaupun ia merupakan produk yang sudah dikilangkan, namun inilah konsep pemanasan yang dimaksudkan.

Untuk melihat web ini secara keseluruhannya, boleh klik link dibawah.

Contoh produk pemanasan makanan(sila klik)
Post by wakjawa78

Thursday, February 2, 2012

Uji personaliti anda, sejauh mana kebenarannya..

Posted by Mr Wakjawa 5:37 PM, under | No comments

Dengan berpandukan kepada imej di bawah, pilih satu corak yang mungkin berkaitan dengan anda. Nombor pilihan corak adalah mengikut turutan dari kiri ke kanan.





Pilihan jawapan

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Post by wakjawa78

Tema Robotik NRC 2012 dah keluar

Posted by Mr Wakjawa 6:25 AM, under | No comments

Salam sejahtera. Hari ni saya tak nak cakap pasal rekacipta, sebaliknya nak describe tentang tema dan syarat pertandingan NRC 2012 yang terbaru. Disini saya upload gambar maps untuk kategori secondary upper, pasal mungkin saya hantar team untuk yang ni aje!!!!.




Untuk kategori upper secondary, nama temanya ROBOT VAN GOGH. Dia punya maksud robot suka angkut barang( acaah je). Untuk pertandingan kategori ini, robot dikehendaki menghantar kiub berwarna yang berada di tengah tengah map ke empat stesyen penghantaran kiub mengikut warna. Kalau kiub merah, maka tempat menghantar pun merah jugaklah. Sekali imbas macam mudah, dua kali imbas, macam susah, tiga kali imbas, parah...!!!!

Kepada s Cel yang berkobar kobar mau membantu, turunlah nanti, petang petang..maybe u all ada buah fikiran untuk solve puzzle ni...tq.

Post by wakjawa78

Friday, January 20, 2012

Bagaimana menghasilkan gabungan idea melalui lakaran sintesis

Posted by Mr Wakjawa 4:25 PM, under | No comments

Bertemu lagi. Hasil kerja anak anak buah sekarang sedang berada di tahap memuaskan. Biarpun agak jauh kebelakang dari jadual asal, tapi mereka sudah menunjukkan perubahan sikap dalam menyediakan tugasan mereka ini.

Hari ini saya nak bicara tentang aspek 1.3 perkara keempat iaitu mensintesis idea melalui lakaran. Dalam aspek ini, pereka perlu bijak menggabungkan dua idea yang telah di lakarkan bagi menghasilkan idea akhir yang hebat dan bernas. Syarat utama aspek ini iaitu pereka perlu siap menyediakan dua cetusan idea yang menggunakan dua kaedah yang berbeza. Gabungan dua idea ini mengambil kira aspek rekaan, rupabentuk, bahan dan fungsi. Cari kekuatan yang wujud dalam rekaan kedua dua idea, kemudian manfaatkannya dan beri penambahbaikan.




Rajah di atas adalah contoh mudah bagaimana proses gabungan itu berlaku. Mudah sahaja, yang penting design gabungan itu kelihatan logik dan masuk akal. Teruskan mencuba, teruskan dengan idea...salam.


Post by wakjawa78

Friday, January 13, 2012

Selamat datang pereka baru 2012

Posted by Mr Wakjawa 9:18 PM, under | No comments




Assalamualaikum...

Selamat bertemu dan selamat datang calon calon baru geng RC musim terbaru 2012..saya juga mengucapkan selamat tinggal kepada geng geng lama, Apis, Cel, Sharul dan tak lupa jaguh jalan kaki, si Akmal...

Musim 2012 menerma kemasukan hampir 20 orang pereka baru..Form 4 yang terdiri juga geng robotik, si Kojai, Zul dan Fahmy..Si Tahir dah lari plak ke Teknik, ucapan selamat berjaya di sana! Jangan merengek mau balik sekolah lama lak! Tahun ini saya tidak mengendalikan Form 4, sebab ada guru baru dari Semenanjung...thanks kerana mengurangkan masa saya( ada masa berlatih robot).

But for form 5 student, jangan lupa tarikh keramat 25 hb, dah janji dah tu, jangan mungkir lagi...saya nak masuk pembinaan prototaip dah ni...lekas lekas siapkan..sementara menunggu keputusan SPM, diharap group 2012 dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan terhadap mp RC supaya mampu meletakkan diri sebaris dengan bekas bekas calon RC yang cemerlang dalam peperiksaan. Jangan asyik duduk di takuk lama...nda la pandai bergerak gerak kemahirannya.. Saya akan mendedahkan kepada mereka kemahiran kemahiran asas dalam melaksanakan amali pembinaan prototaip meliputi memateri, mengendalikan besi, membentuk logam, kayu, plastik dan membuat kemasan hebat kepada prototaip yang telah dihasilkan.

Kita ikuti perkembangan mereka seterusnya dalam note akan datang. Salam


Post by wakjawa78

Friday, October 14, 2011

Rekaan Tema rekacipta 2012 penyukatan

Posted by Mr Wakjawa 5:14 PM, under | 2 comments




Bertemu lagi. Geng rekacipta sekarang bertungkus lumus menyediakan garapan idea 1 dan 2 yang perlu diperkembangkan untuk membentuk idea terbaik. Seperti dijangka, calon yang menggunakan tema pemanasan dan pengeringan seakan tidak mahu berhenti ideanya melimpah limpah. Bagaimana dengan calon yang memilih tema penyukatan? Macam 'blank' je...

Kalau mengikut penelitian saya, tema penyukatan boleh diaplikasi dalam pelbagai keadaan. Contohnya kalau anda merupakan seorang pekerja restoran, bertugas sebagai pembancuh air minuman, seringkali anda menyukat jumlah susu pekat manis yang digunakan untuk membancuh minuman berkenaan. Alat yang biasa digunakan iaitu sudu, menghasilkan sukatan berbeza setiap kali digunakan. Jadi jalan terbaik adalah menghasilkan rekaan penyukatan susu pekat manis yang efisien dan hebat serta menjimatkan.

Rekaan ini boleh diletakkan di ruang membancuh air, dan mempunyai aplikasi yang hampir serupa dengan mesin air yang digunakan di premis KFC. cuma bezanya kali ini anda hasilkan sendiri...hebat bukan!

Banyak lagi aplikasi yang boleh dijadikan tema penyukatan, antaranya penyukatan ikan, ikan bilis, beras, minuman, penyukatan air dan sebagainya. Lihat sekeliling anda, cari titik tumpuan yang bersesuaian dengan tema yang dipilih.

Selamat mencuba!


Post by wakjawa78